Wednesday, December 30, 2009

"Police seek British help to find RPK"

"Police believe Malaysia Today portal editor Raja Petra Kamarudin is still in London and have asked the authorities in the British capital to trace him, inspector-general of police Musa Hassan said.

"Based on intelligence, police believe Raja Petra is still hiding in London and I have asked the authorities there to trace him," he told Bernama.

He said Raja Petra was wanted back in the country to prove his innocence."

Tajuk dan berita diatas adalah dipetik dari Laman web Malaysiakini. Lihat para 3 dimana Ketua Polis dipetik sebagai berkata, bahawa Raja Petra dikahendaki kembali ke negara Malaysia untuk membuktikan yang dia tidak bersalah!!!
Inilah punca huru hara dalam perundangan negara kita. Jika apa yang dipetik itu benar, jelas Malaysia ini adalah dalam "Police-state" dan mengamal sistem perundangan Komunis!
Falasafah perundangan kita yang paling asas adalah, "That one is innocent until proven guilty" dan bukan sebaliknya, iaitu, "Raja Petra is guilty until he proves his innocence!".
Apakah kita harus berdiam diri lagi??
Hari ini hari Raja Petra, hari esok hari siapa??
mungkin tidak hari anda, tidak mungkinkah HARI ESOK hari anak, cucu atau sesipajua yang ada sayangi.
Jangan tukar Ketua Polis, TUKAR SAHAJA KERAJAAN MELALUI PETI UNDI.
REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!

Tahun 2010 menjelang tiba
Sama-sama kita muhasabah diri
Untuk keselamatan anak cucu kita
Pemerentah kini wajib diganti

Roboh sudah kota Melaka
Papan di Jawa tiada kesampaian
Jika itu hashrat bersama
Ayuh! Raayat semua kita gerakkan

Fauzi Abdul Rahman
Pengerusi Pimpinan PKR Negeri

Sunday, December 20, 2009

UMNO dan Gerakan berebut kerusi Ketua Menteri P. Pinang

Pertamanya, diucapkan setinggi taaniah kepada semua yang menjayakan Konvensyen Pakatan Raayat yang ulung. Disamping ianya mencipta sejarah sebagai Konvensyen pembangkang paling berjaya, pengisiannya juga telah diterima olih sebahagian besar raayat sebagai sangat menyengat dan sesuai dengan motto "Harapan Baru Untuk Malaysia", sekaligus mempamirkan kematangan Pimpinan Parti2 komponen Pakatan Raayat berserta dengan kematangan anggota2nya semua peringkat.

Kesepakatan yang dicapai dan dipersetujui bersama secara sebulat suara adalah isyarat awal bagi UMNO dan BN mencari jalan pintu keluar dari Putrajaya.

Semasa kesemua ini sedang berlaku di Shah Alam, di Pulau Pinang heboh pula berita pertelingkahan UMNO dan Parti Gerakan. Mereka berebut kerusi Pengerusi Ketua BN Negeri yang persamaan dengan merebut kerusi Ketua Menteri.

Hari semalam, berita mempaparkan kenyataan olih Zahid Hamidi, selaku Pengerusi UMNO PP bahawa Perhubongan UMNO PP menuntut agar Pengerusi BN Negeri diserah kepada UMNO atas alasan hanya UMNO sahaja yang laku di PP, sekaligus membayangkan bahawa Gerakan sudah tidak laku lagi. Tuntutan ini adalah hasil mesyuarat JK Perhubungan Negeri PP. Hari ini pula, berita menyiarkan bantahan dari Ketua Parti Gerakan, Koh Su Koon, dan dia menyatakan bahawa kerusi itu adalah hak Gerakan.

Yang anehnya, Pengerusi BN, Najib Razak menyatakan tuntutan itu adalah pandangan peribadi, dengan beliau tidak menyedari bahawa tuntutan itu adalah hasil dari mesyuarat Perhubungan Negeri.

Tanda2 perubahan lebih besar dari tsunami 08 akan menjelang tiba.

Fauzi A. Rahman
Pengerusi,
M.P.N. PKR Pahang