Sunday, April 18, 2010

Response kpd Sajak "Teruskan Kamu Bisu dan Dungu"

salam dari sanggarSAJAK yassinsalleh

"Teruskanlah Kamu Bisu dan Dungu"

Sehari selembar benang mencarik pakaian
lambat laun akan telanjang
Sehari sepatah kata menoda bahasa
lambat laun kita hilang tamadun bangsa
Sehari seorang menteri terus memperkaya diri
lambat laun tergadai negeri
Sehari sekali ditembakan gas pemedih mata
lambat laun rakyat tak kenal lagi istana

Kepada siapakah lagi tempat nak mengadu
ke air itik mati
ke kepuk ayam tak dapat makan padi
bersuara akan jadi penghuni penjara
berpakat akan ditangkap berkonspirasi
menegakkan hak akan dihukum penderhaka
makanya,
untuk selamat menjamin sejahteramu duhai melayu,
teruskanlah kamu bisu dan dungu
teruskanlah memperkemas kehambaanmu
dan gilaplah bijaksanamu mengampu
dan membenteng para pemimpinmu meniduri anak
dan isterimu
dan kalu perlu dilengkapkan biarkanlah pula
mereka berkongsi menjimak ibumu

Jangan sekali-kali lagi kalian mengeluh
nikmati sahajalah habuanmu
dan dengarkan sajalah tanpa gundah prihal kraton
yang sudah entah kemana hilang penghuninya

yassinsalleh



Response dari Fauzi Abdulrahman

Dengan kecetekan minda sastera ku,
Dengan bapak Yassin terpaksa ku setuju,
Betapa sedihnya bangsa ku kini,
Menagih simpati di ibunda sendiri.

Bahaman Mat Kilau pahlawan Melayu
semangat mereka dah luntur terbang layu
Usah di gusar usah di keluh
Jika bangsa ku Melayu, didalam lumpur mereka berpeluh.
Apakah kita Luncai dengan labu-labu,
Terjun ke sungai tak tahu hilir atau dihulu
Yang marhaen terus dengan papa kedana
sedangkan yang rakus kuasa bermaharajalela
Dari pagi hingga ke senja
Sesama sendiri mengaut mengagih laba

Jika keadaan sedemikian berterusan
keturunan ku Melayu tidak lagi milik harapan
Sehingga Jebat muncul kembali
Entah bila tiada siapa yang mengetahui
Tapi, satu perkara sudah pasti terjadi
Jika Sang Kuasa, kuasa raayat dicabuli
Akan terbit satu keberaniaan diluar dugaan
Melayu bangkit dengan satu pemberontakan
Maka dari si marhaen hingga menteri Raja dan Sultan
Kucar kacir bergelempangan
Sesal dulu, wahai Melayu, kedapatan
Tiada gunanya sesal kemudian

Melayu, yang di pantai lurah dan dibukit
Tiada pilihan bagimu kecuali bangkit
Kerana nasib kamu tidak diubah olih Tuhan
kecuali kamu sendiri mengusahakan
Apa yang dituai sejajar yang jadi semaian
Di tanam pisang tidakkan tumbuh durian
Berpakatlah sabelum nasi menjadi bubur
Sabelum masa depan anak cucu ku bederai hancur.

No comments:

Post a Comment